Daripada Abu
Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi
saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan Muslim.
Salam
sejahtera ke atas kalian dan semoga kalian juga selalu didalam rahmat dan kasih
sayang ALLAH selalu. Itulah antara yang mampu ditafsirkan melalui lafaz salam
yang saban kali kita lafazkan saat bersua dengan kenalan kita. Tika pulang
kerumah juga lafaz inilah yang kita ungkapkan sebelum melangkah masuk kedalam
rumah. Namun, bilamana bertemu dengan orang yang tidak dikenali walau dia
beragama Islam, kita tanpa sedar telah menafikan haknya. Kita bukan sahaja
tidak senyum, bahkan mendoakannya juga tidak. Allahuakbar, tahukah kalian
dengan mendoakan orang Islam yang lain, itu tanda kamu kasih padanya.
Maka,
lazimilah kalian dengan ungkapan salam itu buat sesiapa sahaja yang kalian
temui. Melafazkan kalimah salam itu hukumnya sunat manakala menjawabnya pula
hukumnya wajib. Sesungguhnya, ketahuilah orang yang terlebih dahulu memberi
salam itulah yang lebih baik.
Dikhabarkan
setiap kali sahabat-sahabat bertemu baginda Rasulullah SAW, tidak akan pernah
mereka berpeluang mendahului ungkapan salam itu. Betapa Rasulullah sangat suka
memberi salam dan mendoakan orang lain. Satu sunnah mudah yang pasti indah jika
kita sama-sama amalkan.
‘Apabila diucap dengan
satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau
jawab secara yang elok, sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan
diperhitungkan.’
(Surah
Al-Nism: 86)
Kalimah
yang dipetik dari kitabullah ini menyarankan kita selaku umat Islam mengamalkan
melafazkan kata-kata yang baik tiap kali bertemu. Dengan itu, kita akan selalu
dibawah redha dan kasih sayangNYA berkat doa sesama kita.
Lafaz
yang sebaiknya bagi salam adalah ‘Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh’.
Lantas, disantuni dengan ‘ waalaikumsalam warahmatullahhi wabarakatuh’.
Walaubagaimana pun, memadailah andai kalimah ‘Assalamualaikum’ dilafazkan.
Namun, sebaiknya, yang menjawab salam itu perlulah lebih panjang doanya buat
yang memberi salam.
Telah
datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata, ‘Assalamualaikum’. Maka
Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk. Maka Rasulullah berkata sepuluh
pahala kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata ‘Assalamualaikum
warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala.
Kemudian datang yang ketiga terus berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka
Rasulullah berkata tiga puluh pahala.
(Riwayat
Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)
Bagaimana
pula halnya andai kita dalam keadaan tergesa-gesa atau ingin cepat? Begitu juga
jika kita berada didalam kereta yang berasingan yang mana jika diberi salam
pasti tidak kedengaran. Maka, dijelaskan disini, memberi salam itu tidak
semestinya dengan lafaz. Misalnya anda berada didalam kereta yang berlainan dan
kebetulan bertembung, membunyikan hon juga sudah cukup. Tanda anda menyapanya.
Waima, saat berjalan-jalan keliling hostel juga, pasti bertemu ramai yang
dikenali. Mengangkat tangan itu sudah cukup. Sesekali berlagak aksi Yang
Berhormat pasti seronokkkan?
‘Memberi
salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke atas yang
duduk, yang sedikit ke atas yang hanyak dan pada satu riwayat yang kecil ke
atas yang besar".
(Riwayat
Al Bukhari)
MasamManis : Andai ada
yang berjantina adam memberi salam, periksa dulu niatnya. Jika niatnya untuk
mengusik atau bergurau senda, maka, abaikanlah. Mahalkan dirimu. Biar dianggap
sombong oleh mereka, asalkan, Allah dan Rasul sayang akan kita selalu.
Rujukan :
1) buku hadis 40
2) adab pergaulan mengikut
al-quran dan as-sunnah ; Dr. Rokiah Ahmad,Jabatan Pengajian Al-Quran dan
al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam ,Universiti Kebangsaan Malaysia ,43600
Bangi, Selangor. (www.dakwah.info)


No comments:
Post a Comment