Ke
garisan.. Sedia, mula!
Diikuti
bunyi tembakan. Tanda peserta acara lumba lari dilepaskan. Pernah terfikirkah kalian,
mungkinkah ketika mana sperma dilepaskan, mungkinkah begini juga lagaknya
mereka berlumba-lumba mengejar untuk memenangi hati sang ovum hinggalah kalian
yang ditakdirkan berjaya. Alhamdulillah, semakin sihat dan ceria dengan nikmat
islam dan iman yang dikecapi itu.
Dalam
seharian hidup kita, banyak benda yang kita buat. Namun, prihatin atau tidak
kalian pada setiap permulaan aktiviti kalian? Mulakanlah dengan kalimah
basmallah yang bermaksud Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani. Sesungguhnya disitu ada keberkatannya.
Diriwayatkan,
dahulu ada seorang hamba Allah ini sangat jahat. Apa sahaja perkara jahat tiada
yang tidak pernah dia tidak lakukan. Hidupnya sangat senang digelumangi
dosa-dosa itu. Sehinggalah satu hari, hidayah Allah terbit dari hatinya. Dia
mahu bertaubat. Lalu, dia berjalan mencari alim ulama. Ditakdirkan dia bertemu
dengan seorang ulama ini.
“
Assalamualaikum tok, saya ini banyak sekali dosanya. Masih bolehkah saya ingin
berubah menjadi baik?” tanya pemuda itu.
“Boleh.”
Jawab ulama’ yakin.
“Bagaimana?”
“Disetiap
awal perbuatanmu, mintalah izin dengan Allah selalu.” Nasihat sang ulama.
“Apa
sahaja perbuatan?”
“Ya,
apa sahaja.” Jawab ulama.
Maka,
bermulalah perjalanan sang pendosa itu kearah pembaikan. Disetiap awal
perbuatannya, dia pasti meminta izin dengan Allah terlebih dahulu. Sebelum
minum arak, sebelum mencuri, sebelum makan dan sebelum apa sahaja. Semua benda
dibuatnya dengan meminta izin dari Allah dahulu.
Secara
logiknya, bagaikan tiada manfaat disitu. Tetapi, dalam tidak sedar, sebenarnya,
dia telah mengingati Allah selalu. Ketahuilah bahawasanya, selangkah kita
merapati Allah, seribu langkah Allah berlari kearah kita. Subhanallah.. Hebat
sungguh kasih Allah pada hambaNya. Maka, setelah berhari-hari pemuda itu
melafazkan nama Allah dan selalu mengingati Allah, terbit dihatinya betapa
Allah tidak suka perbuatan dosanya itu. Pengakhiran yang baik menjadi miliknya.
Pemuda itu bertaubat akhirnya dan menjadi hamba yang soleh. Alhamdulillah.
Begitulah
hebatnya kalimah Allah itu sendiri. Zikir yang tidak pernah putus mengundang
cinta Allah pada kita. Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh amalkan kalimah basmallah
diawal setiap perbuatan kita. Seawal bangun pagi hinggalah tika hendak tidur
lagi. Sebelum gosok gigi, baca basmallah. Sebelum pakai kasut baca basmallah.
Sebelum sidai baju, baca basmallah. Begitulah juga sebelum apa sahaja.
Mulakanlah dengan basmallah. Hati kalian pasti lebih tenang dan tenteram kerana
sesungguhnya,
“Dengan
mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.”
(Ar
– Rad : 28)
Ramai
seringkali salah tafsir mengenai ibadah. Selalu dianggap, hanya solat, puasa,
zakat, sedekah dan haji itu dikira ibadah. Namun, tanpa sedar, aktiviti yang
berpotensi dikira ibadah seringkali tersia begitu sahaja. Bagaimana mahu
jadikan segala perbuatan kita menjadi ibadah?
Ya!
Dengan memulakan setiap amal dengan kalimah Allah. Lantaran itulah, pena
menyeru kalian mengamalkan kalimah basmallah diawal perbuatan. Semakin kerap
Allah dihati kalian, semakin dekat Allah dengan kalian. Semakin dekat kalian
dengan Allah, semakin damai hati kalian. InsyaAllah. Itu janji Allah dan Allah
selalu berpegang pada janjiNya.
Namun,
harus diingati satu perkara. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Walaupun,
mungkin akan ada yang bercita-cita menjadi Robin Hood Melayu, ketahuilah itu
tetap dikira dosa. Biar berkarung malah berguni sekalipun kalian niat mencuri
kerana Allah, dosa tetap dosa.
MasamManis : Berbekalkan amalan
mengingati Allah selalu ini, yakinlah insyaALLAH kalian akan lebih bahagia J

.jpg)

